5 Perkara Bawa Wanita Ke Surga

Perkara yg membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajiban agama. Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): 

"Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga."

Kedua,
 hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at- Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):

"Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya."

Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at- Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):

"Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah."

Keempat, sholat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):

"Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah."

Kelima,
 berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): "Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka."

Recommended For You

Ditemukan Mumi Firaun Baru di Selatan Kairo

Kementerian Purbakala Mesir mengumumkan penemuan sebuah mumi Fir’aun baru pada hari rabu (02/10) di sebuah rumah milik salah seorang warga Mesir yang berada di wilayah Selatan Kairo. Dalam penyataan resminya, Kementerian Purbakala Mesir menyatakan bahwa mumi tersebut kemungkinan hasil pencuri ...

Renungan: Menyesal Gara-Gara Menolak Lamaran Karena Motif Ekonomi

Waktu yang terus merayap membuat umurnya semakin bertambah, meninggalkan masa mudanya jauh di belakang hingga tak terasa sekarang dia sudah memasuki kepala empat. Sekilas jika diperhatikan dari luar, wanita lulusan S2 itu nampak bahagia dengan karirnya yang berada di atas puncak. Karirnya terus mena ...